Friday, July 26, 2019

DURIAN TERBAIK DI DUNIA

BUKIT GANTANG Taiping (Klian Pauh - nama asal) Perak. Saya doa satu hari nama Taiping di tukar kpd Klian Pauh. Sebab apa? Sebab kumpulan ghee hin dan hai san yang bergaduh rebut tapak lombong bijih sebenarnya ialah gengster (kongsi gelap).

Mereka sebenarnya berebut tanah lombong peruntukan orang Melayu. Orang Melayu di beri 3 tahun untuk melombong, tanpa modal tanpa ilmu. Semua kena buat dgn tangan saja. Hasil bijih Melayu di beli dgn harga murah berbanding orang lain. Bila Melayu terpkasa tinggalkan tapak ini, mereka berebut.

Polis British terpaksa akur dgn gengster ini sebab polis masa itu ialah orang benggali dari India. Ia di panggil Malay States Guides. Malay States Guides selalu protes dah tidak mahu bertugas sebab British main-main dgn mereka.

Jadi bila dah tak boleh kawal gengster, British buat perjanjian damai. Klian Pauh di tukar nama Taiping! Best kan... nama asal di tukar sebab gengster bergaduh.

Berbalik kepada durian terbaik di dunia. Durian kg orang Melayu. Tak guna racun! Sebab Melayu tak mampu nak beli racun. Dari Changkat Jering ke Changkat Ibol hingga dekat2 nak sampai Bukit Berapit; berhentilah dan beli durian atau makan kat situ terus.

Tuan tidak akan menyesal.