KOPERASI

SEJARAH RINGKAS

Semasa bergotong royong membersihkan dewan komuniti KTT pada September 2018, tercetus idea untuk tubuhkan koop di KTT ini. Dalam gelak ketawa kami mahu wujudkan spa halal. Ha ha ha! 

Kemudian pada 4 Oktober 2018, kami [ Noor Mohamad  Ismail, Nasruddin Ab Manaf dan Ahmad Fazdil Mat Ibrahim ]  telah taja penubuhan koop ini secara ON LINE di web site  SKM.  

Mesyuarat Agung Penubuhan [MAP] telah di adakan pada 8 Disember 2018 di Dewan Komuniti Kampung Tersusun Tasek. Pada 7 Januari 2019, semua dokumen lengkap permohonan penubuhan telah di majukan ke SKM Ipoh Perak yang kemudiannya memajukan ke Putrajaya.

KEPUTUSAN PENTING MESYUARAT PENUBUHAN
Yuran masuk: 50 ringgit
Saham Minima: 100 ringgit

Keahlian. Selain dari yang syarat biasa Undang Undang Kecil Koperasi, iaitu tidak muflis, rakyat Msia, dll, kita masukkan juga mesti berugama Islam. Keahlian ini terbuka kepada sesiapa saja yang tinggal di Perak.   
AHLI LEMBAGA KOPERASI
KAMPUNG TERSUSUN TASEK PERAK BERHAD


      AHMAD FAZDIL BIN MAT IBRAHIM                    012 511 0553
      AHMAD KAMAL BIN MOHAMAD                         019 571 4180
       ANWAR SIDEK BIN YARUDDIN                          015 602 0340
       AYOB BULGANIN BIN YANG RAZALI                  013 513 2828
       HASHIM BIN YAHAYA                                      019 561 4168
       MARZITA BINTI YAAKOB                                  012 215 3457
       MOHD RASHIDI BIN ELIAS                               017 663 3937
       NASRUDDIN BIN AB MANAF                             017 508 3855
       NOOR MOHAMAD BIN ISMAIL                           019 275 0075
       SHARIFAH ZALEHA BINTI MEADULLAH SHAH     019 571 1876
       SHOIB BIN HUSSIN                                         013 357 3631

       UJIS BIN MAT ZAHID                                      019 572 3868


LAIN LAIN
Pendafataran ahli akan di buka selepas koop ini mendapat surat kelulusan dari Putrajaya dan mulai tarikh itu juga koop boleh mula mengutip yuran wang dan memulakan perniagaan/aktiviti.

Mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli boleh mengisi borang berikut: Borang daftar awal. Kita amat alukan jika tuan puan bantu mencari ahli. Jika semua penduduk KTT menjadi ahli, kita anggarkan ada 200 orang ahli [minima]. Lagi ramai lagi baik.

Rancangan aktiviti menjana pendapatan. koop di tubuhkan untuk ahli meliputi dua aspek utama; pelaburan mendapat pulangan dan koop menyediakan kemudahan kepada ahli.

Jika pelaburan hendak beri pulangan, bermakna kita perlu 'berniaga'. Mahu berniaga perlu modal. Mahu bantuan kjaan, perlu aktif selama 2 tahun baru boleh mohon. Modal minima ahli hanya 100 rgt, jika 200 orang baru ada 20,000 rgt.

Kesimpulannya, kita perlu mula berniaga kecil-kecilan, cari punca untuk jana pendapatan dgn modal paling kecil,  DAN perlu jimat dengan segala apa yang ada.

Ahli di minta faham [understand], tahun 1 dan 2 ini, kita tidak akan mampu memberi pulangan atas syer yang telah di labur. DAN kita juga akan berhati-hati, aktiviti apa yg kita hendak buat.

Setiap ahli juga bayar 50 rgt seorang. Inilah bajet untuk kita bergerak. Itupun kita tidak akan sewa pejabat; semuanya bermula di rumah. Ahli Lembaga akan tanggung bil telefon sendiri walaupun atas urusan koop. Tapi minyak kereta dan minum serta alat tulis, kenalah guna bajet kecil ini. 


Jika tuan puan ada idea, cadangan dan teguran, sila wasap kpd 019 275 0075.

Terima kasih