KRT



PENGENALAN

KRT atau  Kisah Rumah Tangga.. ooops sori... Kawasan Rukun Tetangga berasal dari Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.
Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.
SRS. Skim Rondaan Sukarela adalah satu skim yang dipohon oleh sekumpulan pemastautin dalam Kawasan Rukun Tetangga yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 orang dan berumur 18 tahun ke atas.
Skim Rondaan Sukarela telah dilancarkan secara rasminya pada 21 Februari 2004 di Pulau Pinang. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 April 2004 telah memutuskan untuk memperluaskan SRS di seluruh negara.
Tujuan utama penubuhan Skim Rondaan Sukarela adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di komuniti setempat. Permohonan untuk mengendalikan Skim Rondaan Sukarela di keseluruhan atau sebahagian kawasan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Sektor Pendaftaran.
Peranan Kawasan Rukun Tetangga dalam menjaga keselamatan telah di perkasakan apabila Skim Rondaan Sukarela (SRS) diiktiraf dan di promosi sebagai salah satu pelaksana utama dalam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Iaitu untuk meningkatkan keselamatan dan mencegah jenayah di bawah GTP dan bekerjasama dengan PDRM dan RELA serta pihak berkuasa tempatan.