Monday, January 21, 2019

PENGENALAN


SEJARAH Kg Tersusun Tasek. 


Pada asalnya tanah kampung ini dan sekelilingnya adalah tanah lombong bijeh timah. Selepas permit melombong tamat, individu boleh memohon tanah ini untuk pelbagai tujuan.


Pada tahun 1974, Exco Kerajaan Perak telah luluskan Lot No 34524 sebagai Kg Tersusun Tasek melalui surat PTK (I)2/19/73. Pada tahun 1978, beberapa individu telah ambil inisiatif menggerakkan rancangan ini dan setelah berusaha selama lebih 5 tahun, pada 31 Ogos 1984, Setiausaha 'task force' kg ini, Hj Mustafa bin Yahya menjadi orang pertama berpindah tinggal tetap di kg ini hingga hari ini. 

Tanah Lot yang diperuntuk kepada YB En Salleh Nakhoda Itam di tarik balik kerana beliau orang DAP walaupun beliau telah banyak membantu dan berusaha dalam projek ini. Sedih! Alasannya beliau lambat bayar duit deposit 5 ribu ringgit, walaupun masa itu maseh ramai yang tidak mampu untuk membayar.


Task force seramai 15 orang telah berusaha meratakan tanah kerana terdapat 3 lombong besar yg perlu di timbus, semua peserta yang terlibat telah menyumbang 400 ringgit setiap orang menjadikan jumlah 110,000 ringgit bagi tujuan ini.

Task  force ini juga telah menyediakan pelan kg, menguruskan bekalan air, letrik, penyediaan longkang dan jalan raya.

TIDAK ada satu kg tersusun di Perak di mana pemohon membuat semua kerja di atas seperti penduduk asal Kg Tersusun Tasek. Biasanya, ia semua dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab!


JAWATANKUASA BERTINDAK
Di lantik pada 25 Nov 1978
Dewan SK Tasek

Pengerusi
En Megat Amir Bin Megat Yahia
Naib Pengerusi
Tuan Hj Hashim
Setiausaha
En Mustafa Bin Yahya
Pen Setiausaha
En Anuar Bin Mohd Noor
Bendahari
En Ibrahim Bin Mahmud


AJK

En Abd Wahab Haron
Ket Kg Tasek
YB En Mohd Salleh Bin Nakhoda Itam
Wakil Rakyat Buntong
En Mohd Aziz Bin Mat Awin

Raja Abd Aziz

An Abd Rahim Bin Perman

En Abdul Latif Bin Ismail

En Shaharom Bin Mohd Bak

Shaikh Razak b Shaikh Hussain

En Ahmad Tarib Bin Mohd Noor

Cik Yan Binti Mat Sah



Cikgu Mustafa bin Yahya (Setiausaha penubuhan kampung)
Bersama Cikgu Hashim


Bersama penduduk asal Kg Tersusun Tasek yang maseh ada

Masjid Asy Syakirin di rasmikan oleh Sultan Nazrin Shah pada 1 Mei 1980


Kos meratakan tanah berjumlah 110,000 ringgit dibiayai oleh semua peserta (400 ringgit setiap orang), manakala yang lainnya dibiayai oleh kerajaan. Jumlah kos keseluruhan melebihi 2 juta ringgit. 



Alangkah baiknya jika dewan komuniti kg ini diberi nama Dewan 15 atas jasa 15 orang ini yang berjaya mereliasasikan kg ini. Sedihnya dewan komuniti ini telah di bina dgn kos 1.5 juta ringgit tetapi  amat bergaung, tiada pentas, tiada hawa dingin serta landskap yang tidak siap. 



Image result for wan muhammad menteri besar perak
Mohd Ghazali Jawi
Sebelum itu MB Perak Yb Ghazali Jawi telah meluluskan kawasan Bercham ini dengan 10,000 lot kg tersusun, tetapi selepas tempat beliau di ganti, perasaan tamak dan penting diri beberapa individu parti yang memerintah dgn kerjasama MB masa itu (bekas pemandu lori Jab Penerangan) telah menggadai semua kg tersusun kpd pemaju perumahan. Kg Tersusun Tasek juga sudah hendak digadai tetapi menerima tentangan hebat dari AJK yg di lantik. 

Luas setiap lot asalnya ialah 45X60 kaki tetapi AJK telah merayu jadi 60x90. Sebelum memasuki tanah ini, setiap peserta dikehendaki membayar 5,000 ringgit kepada kerajaan negeri sebagai cover kos kemudahan asas yang kerajaan telah sediakan. 


Surau. Pada asalnya 3 orang penduduk secara sukarela telah membenarkan rumah mereka dijadikan surau;  En Ahmad Sofian (HTT 24), En Mustafa Yahya (Setiausaha) dan En Anuar (HTT 4). Pada tahun 1990  Masjid Asy Syakirin siap di bina dan kemudian di rasmi oleh Raja Nazrin pada Mei 1990.

Di dalam plan asal tapak surau [masjid] dan dewan adalah bersebelahan. Pada hari ini semua tapak ini telah di jadikan kawasan masjid. Ada tiga kawasan lapang kampung yang dibiarkan kosong oleh perancang kampung untuk kegunaan ramai atau TNB; di Hala Tasek Timur 9 [kawasan futsal], di hujung Hala Tasek Timur 11 [di ceroboh oleh nursery], bersebelahan dengan masjid/Sekolah Ugama dan di Hala Tasek Timur 2.

Tapak yang di bina dewan komuniti sedia ada, pada asalnya di rancang sebagai tapak klinik cuma belum di gazetkan lagi.  



Ketua Kampong. Terkini, mulai 2018 Ketua Kampung kita ialah En Yusoff Yunus. Orang baru bagi kampung ini. Sedang berusaha mendapatkan semula tanah lapang yang digunakan oleh pengusaha sebagai tapak nurseri. Jika boleh tanah ini dapat dimanfaatkan kepada penduduk kampung. 

Usahawan. Kita rancang untuk buat data base berikut:
- usahawan %
- pesara [warga emas] %
- pekerja kerajaan/swasta %
- dll
kita mahu tahu pecahan status pekerjaan dan pada masa depan demografi yang lain juga.

Sumber lain yg sama penting:

Pemotong rumput
Tukang masak
Restoran Mat Periuk. Restoran ini menjadi mercu tanda kecil dan penyumbang tarikan orang luar ke kg kita. menjual pelbagai makanan western dan nasi goreng kg [paling sedap]. Boleh juga menyediakan katering kecilan dan sentiasa menerima tempahan tempat duduk untuk famili. tel Fija 017 555 7597 untuk tempahan. Malam tertentu anak muda hadir menghiburkan tetamu dengan nyanyian yang terkini dan yg lama [evergreen].   
Image result for mat periuk


Restoran
Tukang urut
Peniaga-peniaga lain: warung kuih sedap
Minyak bidara
Pembekal Frozen food
SI Jamaludin, bekas polis yg sangat aktif dalam kg kita. Yng mengusaha ialah isteri beliau, tetapi beliau memberi sokongan padu dengan membina bakeri kecil di rumah beliau.


    Image result for ayam halal bismi

Pembekal Ayam Halal Bismi [di HTT 12: bertentangan pintu Masjid]. Ini adalah aktiviti sampingan En Yusof [019 985 9347]  atas kesedaran beliau kerana terlampau banyak ayam sembelih yang meragukan di pasaran.  
Guru tuisyen
Pusat Dialisis; Hj Johar juga AJK Masjid Asy Syakirin seorang usahawan yang berjaya.
Ghost Buster: Hj Shukor AMP [ada ganggunan call ghost buster] memberi khidmat ini dengan bayaran yang sesuai. bayar jika mampu atau setakat mana yang mampu. Jika jauh hingga ke negeri lain, beliau mohon gantian duit minyak, tol dan pemandu.. Beliau juga di lantik oleh Pej Ugama Perak untuk mengutip zakat harta dan fitrah.
McGyver: En Imran [013 518 6670] kita macam McGyver, suruh apa semua dia boleh buat. pendawaian, PA system, pasang kipas, tebang pokok, .... makan
lain-lain

Kemudahan dalam kg
  • kedai runcit
  • restoran
  • dewan komuniti
  • futsal
  • masjid
  • padang bola
  • sekolah ugama



Semua info ini [di atas] penting bagi kita [come handy] bila diperlukan. 





SENARAI ASNAF - & anak yatim





KURANG UPAYA [atas pelbagai sebab]. Mereka ini perlukan bantuan kita; ada yg mahu ke Tesco, klinik, hospital, masjid dll.




Pautan Am Kita